BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

terhebad

Sunday, September 12, 2010

PALESTIN BUMI BERDARAH



PALESTIN BUMI BERDARAH!

Tangisan suara anak kecil.
Menggamit perhatian seluruh dunia,
Batin mereka terseksa,
Tetapi...
Tak siapa mendengarnya,
Zahir mereka merana,
Tak siapa mengasihaninya..

Berdentum subuh mereka,
Oleh perlakuan zionis durjana,
Mendengar dentuman berjurai airmata..

Anak-anak kecil itu,
Berpeluhkan darah!!
Nak-anak kecil itu,
Meronta di sisi jasad ibunya,
Yang lemah longlai,
Tanpa sedari ibunya tiada..

Apakah dosa mereka?
Tanpa diduga tanpa dipinta,
Seperti hidup di sangkar hina,
Menunggu setiap pernantian,
Tanpa nokhtahnya,
Mengemis di bumi sendiri,
Tanpa belas,
menyaluti tubuh dengan linangan darah,

Dunia pandanglah!
Kasihanilah,
Suara-suara kecil yang mahukan
kebebasan...
Yang pasti,
Kejahilan merangkul kebaikan..
Apa?
Kenapa?
Bagaimana?
Jawapannya ada pada-Nya



nukilan eyqa ruffey

1 comments:

eyQa ruffEy said...

celiklah mata dunia!!!
mereka insan kehausan ketagihan kebebasan...
hinakah mereka diperlakukan sedemikian rupa?
maruah tergadai..bangsa dihina..OMG..!!bangkit..sedar!!! bantulah mereka,,sokong lah mereka..kerana..mereka tak punya siapa selain kita..