BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

terhebad

Tuesday, September 14, 2010

KITARO - CARAVANSARY

Monday, September 13, 2010

becaUse u R my FRENZ...

FROM:eyQa ruffey

Sunday, September 12, 2010

ibu..

Ada sebuah kisah anak yang derhaka terhadap ibunya. Dia derhaka kepada insan tua itu. Dia lupa pengorbanan wanita itu..Waktu dewasanya dihabiskan dengan berfoya-foya bersama rakan-rakannya..Termaktunlah pada satu malam.Dalam keadaan yang memabukkan dia memandu kereta pulang ke rumah..Semasa di selekoh,dia terbabas lalu kereta waja yang dipandunya terlanggar sebatang pokok yang besar..Berita kematiannya telah sampai ke pengetahuan ahli keluarganya..Ibunya..seorang ibu tunggal..tidak sekali menangis mahupun bersedih meratapi kematian anak tunggalnya itu...Anak itu..anak derhaka itu..merana rohnya..rontaan suaranya tidak didengari wanita itu...
 
IBU
 
Ibu..
aku anak mu ibu,
anak yang kamu belai,
anak yang kamu tatang
suatu ketika dahulu..

Ibu..
inilah aku ibu,
kau tidak mengenaliku ibu?
aku lah darah dagingmu ibu..
aku ibu..aku!!

kau tidak mngenaliku ibu?
mungkin kerana aku berbeza ibu,
aku berbeza..
berbeza sama sekali ibu..
aku bukan anak mu seperti dahulu,
anak mu kini berubah ibu..

masih tidak mengenaliku ibu?
aku lah bayi yang kau susukan ibu..
ibu!!
kemaafan aku pinta ibu,
aku derhaka ibu,
aku hanyut ibu!!

ibu..
tolong aku ibu,
aku kesal ibu,
aku menyesal!
masih tidak mengenaliku ibu?
aku lah kanak-kanak,
yang sentiasa buat kau tersenyum,
suatu ketika dahulu ibu,
aku rindu ibu,
aku rindu saat itu,
aku butuh kenangan silam manis bersama ibu..

ibu..
hanya satu ku pinta ibu,
hasratku agar kau
doakan ku ibu..
aku mohon ibu..

ibu..
tidakkah kau dengar jeritan ku
tubuh kaku ku
kesejukan..
ibu tolong maafkan daku...
nukilan:eyQa ruffey

ALUNAN DUA JIWA


ALUNAN DUA JIWA..

Nyaringan suara bersahut-sahut,
Menjengah ku ke bumi ini,
Dakapan hangat membelai tubuh kecilku,
Tanpa mengerti aku memahami.

Hari demi hari,
Ku diberi kasih sayang,
Menjunjung kasih penuh keriangan,
Membesar diri,
Berbekalkan adab dan susila,
Bersisipkan kecekalan kasih..

Dibuai mesra menatang hiba,
Aku mula alpa,
Mula lupa,
Akan dua jiwa,
Terhiris luka,
Dewasaku mulai ingkar,
Bagiku,
Akulah segalanya,
Tersungkur aku dalam kegelapan,
Terlena aku bergelumang dosa..

Dua jiwa itu,
Yang tidak jemu mendokongku,
Menarik tanganku,
Yang menggapai lemas,
Disungai kehancuran..

Kini aku sedar,
Tanpa doa,
Tanpa restu
dua jiwa itu,
Aku tidak akan gah berdiri begini,
Dua jiwa....
Jutaan terima kasih..
Dari satu hati..
hingga ke Firdausi..


nukilan: eyQa ruffey

PALESTIN BUMI BERDARAH



PALESTIN BUMI BERDARAH!

Tangisan suara anak kecil.
Menggamit perhatian seluruh dunia,
Batin mereka terseksa,
Tetapi...
Tak siapa mendengarnya,
Zahir mereka merana,
Tak siapa mengasihaninya..

Berdentum subuh mereka,
Oleh perlakuan zionis durjana,
Mendengar dentuman berjurai airmata..

Anak-anak kecil itu,
Berpeluhkan darah!!
Nak-anak kecil itu,
Meronta di sisi jasad ibunya,
Yang lemah longlai,
Tanpa sedari ibunya tiada..

Apakah dosa mereka?
Tanpa diduga tanpa dipinta,
Seperti hidup di sangkar hina,
Menunggu setiap pernantian,
Tanpa nokhtahnya,
Mengemis di bumi sendiri,
Tanpa belas,
menyaluti tubuh dengan linangan darah,

Dunia pandanglah!
Kasihanilah,
Suara-suara kecil yang mahukan
kebebasan...
Yang pasti,
Kejahilan merangkul kebaikan..
Apa?
Kenapa?
Bagaimana?
Jawapannya ada pada-Nya



nukilan eyqa ruffey

Saturday, September 11, 2010

sedari aku milikmu..

SEDARI AKU MILIKMU

Bercanda dia keseorangan,
menarik fokusku kepadanya,
Berduka dia kesepian,
mengorak langkahku ke mendekatinya..

Di sampingnya, 
aku duduk di hujung lirikan matanya,
Tenugannya ke arah ku kian hangat,
Tanpa sebarang ungkapan kata,
aku mampu bermadah dengannya..

Di sampingnya,
Aku mampu mengukir senyuman,
Erti kebahagiaan aku selami tanpa keberatan,
Hatiku menari mengusir kegusaran,
mengatasi amarah hinanya perasaan..
Sedar atau tidak,
 Kau mengungkap kata berbunga,
Kau biarkan mindaku tertanya-tanya..
apakah ia?
Kuntuman sejambak mawar putih,
Membuka jendela wanitaku,
Menerimanya seadanya dirimu,
Yang sentiasa menemaniku,
Dikala malam gelap tanpa cahaya,
Engkau suluh dengan tulusnya cintamu,
Tatkala bulan terang tanpa seri,
Kau hadir menyerikan awanku..
Engkaulah bintang yang mengelilingku disaat mendung kelabu
sedari atau tidak..
aku milikmu..


nukilan.:eyQa ruffey

STUDY!! my future!

erm..sume tau,.kite perlukan ilmu dalam pelajaran..termasuk jugak aku..bagi ku..tanpa ilmu kita jahil dalam segala-galanya..aku..seorang pelajar yang dididik untuk menjadi seorang yang terpelajar..LUKISAN KEJURUTERAAN...bidang pilihan ku..Tanpa mengenal jemu aku menimba ilmu demi masa depan ku..Tetapi..aku tidak pasti sama ada pilihanku benar atau tersilap langkah..Jiwaku terdorong untuk lebih meminati sastera..ermm..Aku dipersimpangan..tapi apepon..aku akan cube untuk menjadi yang terbaik dalam kalangan yang bermutu..eyQa ruffey!

Friday, September 10, 2010

kami!!


280591 love  280593= 140609 
ainol       love   eyQa     =happy!!

doakan kami yeah!!

yeah..ini dia..kisah percintaan kami..aku mula mengenali dia pada

awal tahu 2009..pada mulanya,aku telah menerima satu pesanan ringkas dari nombor yang tidak kukenali.."hai awak..boleh kenal?"
tu lah ayat pertama yang die hanta kat aku..hehe..semua tau..aku memilih dalam perhubungan..masa mule2 uh macam nak bergaduh jugak lah ngan mamat ni sbb die boley tahan menganjing tahap kucing beranak kerbau...tapi..pas baper hari..kami kerap berhubung..tiba2 aku terfikir..macam mana dia mendapat nambor aku..lalu aku mengajukan soalan itu kepada si sepal ni..and korang nak tau ape die jwab? die jawab die jumpa kat tong sampah..ok tu jawapan pertama..then aku tanya 4 da 2nd time..mane dapat number ni? and die cakap jumper dalam bus..kali 3 aku tanya..dia bagi jawapan yang lain..aku aper lagi..hangin lah jugakkan..then baru die bagitau yang die dapat nombor aku kat salah seorang kawan ku yang rapat dengannya..erm..lepas beberapa bulan kami kenal..die cuba meluahkan perasaannya terhadap ku..hehehe..care yang amat spotan..kuikui..and kelakar..memang lucu!!haha..bia lah peristiwa tu kekal dalam memori ku ini......DOAKAN KAMI YA?



MUHAMMAD AINOL ANNUAR..hehe tu lah nama yang telah memikat hati wanita ku ini..erm..erm..pandai main gitar..(yeker?) for sure bukti kat sebelah ader...kuikui...erm..kalo korang tgok gambr kat sebelah..nampak tak kaki die berbalut? nak tau? aku pon tak tau...!! huhuk..:)

kembali ia kembali..

Akhirnya siap jugak sajak aku ni...


KEMBALI IA KEMBALI..

Kebiadaban akalnya menular tatasusila durjana,
mentaliti padatnya bercampur duri darah berbisa,
Insfrastruktur imannya bak di hujung jari berdosa,
Tabung pahalanya kehausan amalan rohaniah..

Dia...
Akur dengan kehendak rohani,
Embrio kejahatan sudah mula bertapak dalam diri,
Roh kejahilan dititipkan bagi melengkapi peribadi di sisi,
Tak cukup dengan itu..
Pewangi alkohol menjadi peneman di hari bersisa,
Santapan wanita dirangkul dalam dakapan,
Matanya menjamu benda berhelah!!
Menjeling sujudnya sejadah bertelaku kaku!

Dia..
Seorang berjaya harum negara,
Tetapi..
Apa erti burung berkicauan merdu di awean mendung?
Apa makna pautan bulan pada mentari membakar?
Apakah semua ini hanya jenaka dipertonton?
Di pentas dunia penuh onak kerisauannya-Nya..

Insaf! amaran dilaung saraf impulsenya terus ke akal,
Kini dia..
Hamba mungkar tunduk kembali menagih keinsafan,
Lakhanat yang kembali ke tirai kiblat,
Kembali ia ke sisi rinda khutbah solat,
Pulang ke benak kebuntuan hidup dilaknat,,
zikir menjadi peneman akhir zaman,
Tasbih diusap tanda keimanan,
Al-Quran dialun syahdu bertasydid minda beriman..



KARYA:eYqa ruffeY

Thursday, September 9, 2010

Kedaifan manusia..

KEDAIFAN MANUSIA..
terlanjangkah manusia tanpa sebarang harta?
tergadaikah maruah tanpa pangkat dan nama?
Bersama fahaman dan ertinya,
bangsamu daif bukan kerana harta dan pangkat,
bangsamu daif keluhuran hatinya,
telus mentari membakar perikemanusiaannya,

inikah manusia?
orang luar didahulukan berbanding darah dagingnya sendiri?
kakaknya dibiarkan bak pengemis di jalanan,
adiknya dibiar tanpa dakapan mesra terasa,
rakannya dijemput kalah menteri besar,
dilayan penuh kemesraan..

inikah manusia?
yang mudah lupa tentang susur galurnya..?
yang lupa pengorbanan ahli keluarganya..?
apa erti kejayaan yang dikecapi,?
jika manusia seperti ini masih merempat di jalanan,
merata mata memandang rosak pandangan,
berakhirlah keluhuran..

eyQa ruffey

Wednesday, September 8, 2010

dis is me

hey..hallo..name is..rasyiqah rafi..juz kol me syiqah or 4 da simple is eyqa..i'm is sweet 7teen..

*suka berkawan..
*tak suke bermusuh..
*nampak cam sombunk..tp law dah borak gile2..
*anak jati jaybee..
*stdy kat smkpj 2..